Welcome to my site! thanks for visit mine
Husna Create World: I + U = LOVE

21.8.11

I + U = LOVE


“ Ziyad, kau ingat tak fasal perempuan cantik yang aku langgar masa kat KFC hari tu?” stanya Farhan.

“ Oh. Ingat je. Kenapa?” soal Ziyad kembali.

“ Tadi aku terlanggar dia lagi. Hahaha. Rupanya dia sama kolej dengan kita. Tapi dia course lain, dia ambil seni kulinari,” terang Farhan panjang lebar.

“ Ye ke? Suka la kau. Haa. Bila nak kenalkan kat aku?” ujar Ziyad.

“ Aku takut kau terpikat je nanti. Aku yang rugi,” gurau Farhan.

“ Kau macam tak kenal aku. Aku ni setia kat Ieqa je,” sangkal Ziyad.

“ Tak habis-habis dengan zaman kanak-kanak kau tu,” ujar Farhan.

“ Salah ke?” soal Ziyad.

“ Aku tak cakap pun salah. Aku just nak tengok sampai bila kau boleh bertahan dengan perasaan kau tu,” ujar Farhan.

“ Ok. Kita tunggu dan lihat nanti,” balas Ziyad.

“ Eh. Weekend ni keluar jom? Aku ajak Hafna sekali?” cadang Farhan.

“ Menarik tu. Lagipun aku memang free weekend ni,” Ziyad bersetuju.

Selepas Farhan keluar dari biliknya, Ziyad mengeluarkan dompetnya yang disimpah di bawah bantal. Dompet merupakan antara barangannya yang tidak boleh disentuh oleh sesiapapun. Ada nilai estetika katanya. Ziyad mengeluarkan sekeping gambar lama yang disimpannya.

“ Ieqa, awak kat mana? Afiq rindukan Ieqa. Afiq rindukan kenangan kita dulu. Semuanya memang indah. Ieqa, awak ingat Afiq lagi tak? Atau Afiq sorang je yang masih ingat kat Ieqa? Tapi Afiq tau Ieqa yang Afiq kenal takkan lupakan Afiq. Afiq yakin satu hari nanti, Afiq akan jumpa Ieqa!” monolog Ziyad dalam hati.

Ziyad dapat rasakan bahawa dia akan bertemu semula dengan kekasihnya suatu ketika dahulu. Setelah puas berfikir, Ziyad membuat keputusan untuk melelapkan mata dan menanti hari esok.
 ________________________________________________________

“ Hafna, ada orang nak jumpa kat luar dewan,” beritahu salah seorang rakanku.

“ Oh. Terima kasih ya,” balasku.

Aku terus menarik tangan Fatini untuk menemaniku.

“ Hafna! Saya la,” jerit Farhan.

“ Oh. Kenapa cari saya?” tanyaku pantas.

“ Awak free tak Sabtu ni? Saya ingat nak ajak awak dan Fatini tengok wayang,”

“  Eh. Mestila boleh. Kitorang memang free pun Sabtu ni,” sampuk Fatini.

Aku mencubit lengan Fatini sedikit kuat.

‘ Budak ni memang suka la kalau diajak tengok wayang,’ bisik Hafna dalam hati.

“ Ok. Fatini pun dah setuju, kita jumpa di Pavi, pukul 10.” Ujar Farhan.

“ Boleh tak kalau saya nak ajak lagi sorang?” soal Fatini.

“ Boleh je. Why not? Boyfie la tu,” sakat Farhan.

Fatini tersenyum senang.


Awal pagi lagi Fatini sudah bersiap dengan mengenakan skirt labuh putih bersama blaus merah jambu. Dia juga mengenakan selendang berwarna putih. Kelihatan lebih feminine berbanding biasa. Aku pula menyarung kemeja longgar berwarna coklat gelap bersama skirt labuh sama warna dengan Fatini dan tudung yamg juga berwarna putih.

Dari jauh lagi aku sudah ternampak kelibat Farhan yang kelihatan santai dengan shirt biru dan jeans.

“ Eh. Dia bawa siapa tu?” soal Fatini ingin tahu.

“ Mana la aku tau,”

“ Hai. Kenalkan ni roommate saya. Ziyad. Tapi orang panggil Iyad je,” beritahu Farhan.

“ Saya Fatini. Yang ni pembantu rumah saya, Hafna,” seloroh Fatini.

‘ Siap kau nanti Fatini!’ bisik hati Hafna.

“ Tak sangka awak ada pembantu rumah yang cantik macam ni,” ujar Ziyad.

“ Hahaha. Saya bergurau je tadi. Ni kawan baik saya. Tapi dia ni terlampau rajin sampai semua nak dibuatnya kat rumah tu,” Fatini membebel.

“ Ehemm. Tak ingat kat saya ke Cik Fatini Tercinta?” satu suara kedengaran.

Fatini pantas menoleh. Nazrul sudah tiba.

“ Patut la Fatini bangun awal hari ni. Ajak cik abang rupanya,” aku pula mengusiknya.

“ Saya dah beli tiket. So, jom masuk panggung sekarang,” ujar Farhan.

“ Err. Awak beli cerita apa?” soalku pantas.

“ Cerita seram yang terbaru tu,” Ziyad membalas.

Aku sudah menelan air liur. Fatini pula memandangku dengan pandangan risau.

“ Kau ok ke, Ana?” soal Fatini.

“ Ok je. Jangan risau. Kalau aku takut nanti, aku peluk la orang kat dalam tu,” ujar ku.

Debaran di dadaku makin memuncak apabila Ziyad mengambil tempat disampingku. Entah mengapa kau rasa seperti aku pernah melihat wajah Ziyad sebelum ini. Tapi aku tak mahu bertanya kepada Farhan.

“ Awak ok ke ni, Ana?” soal Ziyad apabila melihat aku sudah menggigil ketakutan.

“ Saya ok. Awak jangan risau,” ujarku.

‘Ana, nasib baik awak tu bukan mahram saya. Kalau tak, mesti saya dah peluk awak supaya awak tak takut dan rasa selamat dengan saya. Tapi saya tahu. Saya tak boleh bertindak macam tu,’ bisik hati Ziyad.

0 oo pengkritik:

 
Tempelate Designed by Lettha|Copyright-2011|Protected