Welcome to my site! thanks for visit mine
Husna Create World: I + U = LOVE 2

19.8.11

I + U = LOVE 2



 
Telefon bimbit dalam poket seluarku berbunyi.

Fatini! Alamak. Aku hamper terlupa dengan rancangan asal aku ke sini. Mati aku kena bebel dengan makcik sorang ni.

“ Assalamualaikum,” aku menyapa.

“ Wa’alaikumussalam. Haa. Kau kat mana ni?” ujarnya sedikit kuat.

“ Kejap lagi aku sampai la. Kau dah kat panggung kan?” aku menyoal.

“ Ye la. Cepat sikit tau.” Fatini mengugut.

Talian dimatikan. Aku berjalan pantas tetapi cukup berhati-hati. Blaus tadi aku simpan dalam beg tangan aku yang agak besar itu.

“ Kau pergi mana? Kenapa lama sangat?” soalnya bertalu-talu.

“ Aku accident tadi. Balik nanti aku cerita,” bisikku.

Ternyata riak wajah Fatini seperti tidak sabar mahu mengetahui perkara sebenar.  Sekembalinya kami ke rumah, dia terus memaksa aku untuk menceritakan apa yang telah berlaku. Aku menceritakan peristiwa itu dan menunjukkan blaus yang dibelikan oleh lelaki itu.

“ Lawanya. Rugi aku tak ikut kau tadi,” katanya teruja.

“ Kau jangan nak menggatal. Nazrul kau tu nak campak mana?” aku mengingatkan.

“ Alaa. Aku just nak tengok je. Dia tu handsome ke tak. Haha.” Ujar Fatini.

“ Not bad la. Eh. Kau ni nak tengok movie ke nak dengar cerita aku?” soalku.


Malam itu aku hanya menghabiskan masa dengan online facebook. Tiba-tiba aku terlihat profile seseorang.

“ Fatini! Sini cepat,”  aku menjerit dari dalam bilik.

“ Haa. Ada apa? Kau ni kalau menjerit macam nak panggil Anei belakang rumah,” bebel Fatini.

“ Cuba kau tengok gambar ni. Sebikik macam muka Afiq kan?” tanyaku.

“ Afiq mana ni? Jangan cakap Afiq kekasih dulu-dulu kau tu?” soal Fatini pula.

“ Ye la. Firasat aku kuat mengatakan yang dia ni memang Afiq yang aku cari selama ni. Aku nak add lah,” jawabku separuh excited.

Fatini hanya mampu menggeleng dengan gelagat aku.

“ Dah la. Aku nak tidur ni. Esok kita ada kelas pagi,” Fatini mengingatkan.

Akhirnya, selepas lima minit, aku pun mengambil keputusan untuk tidur.



Aku dan Fatini berjalan dalam kawasan kolej. Fatini sibuk menceritakan tentang Nazrul yang mengajaknya keluar makan malam pada hujung minggu ini.

" Laa. apa masalahnya? Pergi je la. Macam tak biasa pula.," ujarku.

" Kalau kitorang berdua je memang la tak kisah. Masalahnya dia ajak aku datang makan kat rumah dia," kata Fatini gusar.

" Ok la tu. Boleh berkenalan dengan family dia. lagipun korang kan dah kenal lama." aku memujuknya.


Tiba-tiba aku rasa bahuku dilanggar sesuatu.

“ Aduh! Sakitnya.. Tini, aku langgar tembok batu ke tadi?” Tanyaku.

Aku seakan mendengar suara orang sedang ketawa. Sakitnya hati aku. Boleh pula dia gelak padahal dia yang langgar aku tadi? Bukan nak minta maaf.

“ OMG! Hafna? Awak ke tu?” soal lelaki itu.

“ Haa? Awak rupanya, Farhan. What a small world,” ujarku.

“ Sampai hati awak panggil saya tembok batu?” ujarnya seakan merajuk.

“ Ye la. Macam nak patah bahu saya ni awak langgar,” aku bersuara.

Fatini menyenggol tanganku.

“ Eh. Lupa nak kenalkan. Farhan, ni kawan baik saya, Fatini.”

“Farhan,”

“Fatini,”

“So Hafna, awak ambil course apa kat sini?” soal Farhan.

“ Seni kulinari. Awak?” soalku pula.

“ Hotel management. Boleh la kita bekerja bawah satu bumbung nanti.” Cadang Farhan.

“ Sound interesting. Farhan, kitorang ada kelas ni,” sambungku.

“Ok. See you later,” balasnya.



0 oo pengkritik:

 
Tempelate Designed by Lettha|Copyright-2011|Protected