Welcome to my site! thanks for visit mine
Husna Create World: 2011

11.12.11

ignored is better


i just want to stay at the dark side.
 nobody can noticed about my feeling.
nobody can notice me.
so, i won't hurt others.
i don't want much in my life.
enough with person who loves me!

7.12.11

kau memang tak faham kann?


kau cakap kau dah ad girl,kan?
so, kenapa kau still nak contact aku lagi?
kau tak rasa ke girl kau tu nanti jelez?
aku dah cakap kat kau,
antara kita ni hanya KAWAN!
so, aku harap kau faham.
aku taknak contact kau lagii.
untuk kebahagiaan semua orang.
antara kita adalah kenangan.
impian untuk masa depan aku lain.
aku tak suka dipanggil perampas.
dan aku harap aku tak dipanggil perampas.
maybe kau tak baca blog aku nii,
tapi aku tetap nak type kat sini.

*just for MAMS

5.12.11

wordless!


i really hate myself right now!
why?
it's SECRET!

am i in a dream?


sejak aku mula minat KOREA ni,
macam macam aku buat.
follow kat twitter.
add kat facebook.
weyy! yang ni memang aku tak percaya.
haha. jangan jelez tau :)
 yong hwa <3

meaningless?


kenapa dia buat aku macam tu?
dia treat aku macam dia suka aku.
tapi aku taknak la perasan sendiri.
aku nak tanya dia sendiri? *memang tak lahh
apa yang aku nak?
aku tak nak dicintai ramai lelaki.
aku tak nak hadiah teddy bear.
aku tak nak topup aku ditanggung.
aku tak nak choc yang sedap.

aku cuma nak dicintai dia.
it's enough!
tapi aku tau, aku tak boleh paksa dia.
just hoping if he doesn't want me,
he said it clearly to me.
that's my hope. ty!

2.12.11

unbelieveable


rasa nya aku baru masuk sekolah tuu.
tapi rupanya aku dah semakin  meninggalkan sekolah tuu. 
duduk rumah nanti nak buat apa?
abah tak bagii kerja.
PLKN pun tak dapat.
ambik lesen?
yes! of course.



#aku tak kisah dia tak suka aku. tapi aku harap dia tak buat apa yang dia buat kat aku  tu kat orang lain.
okayy? sekian.

LOVE IS EXPESIVE AND PRECIOUS.
K.I.S

18.11.11

leave the memory.


now, I can say that i'm ready.
i'm ready for accept the truth if i'm losing YOU!
 so, no more disturbance.
no more misscall to your phone,
no more text message come to your inbox,
no more problems that you may involve.

my last word for you is :
may you HAPPY ALWAYS with your life.
stay cool, okayy?

IWALY <3

6.11.11

some days more


heyy!
kau dah ready ke nak SPM ni?
buku untuk semua subjek dah baca ke?
latihan math mod, add math, dah cukup banyak ke?
comfirm ke boleh dapat straight A's?


I said : InsyaAllah <3
just pray for me. 
thank you dear,,...

30.10.11

i + u = love



Aku kembali bertenang selepas beberapa minit keluar dari panggung tersebut. Fatini, Nazrul dan Farhan bercadang mahu bermain bowling di tingkat atas.

“ Korang pergi dulu la. Aku bawa Hafna pergi makan dulu. Dia nampak pucat,” ujar Ziyad.

“ Eh. Awak pun pergi la. Saya boleh pergi sendiri nanti,”balasku.

“ Hafna, biarlah Ziyad nak teman kau makan,” saran Fatini.

“ Saya tak menyusahkan awak ke?” soalku.

“ Sebenarnya saya pun lapar ni,” bisik Ziyad di telingaku.

Aku tergamam dengan tindakannya.

Ketika sedang menikmati makanan, tiba-tiba Ziyad bersuara.

“ Hafna saya rasa macam pernah tengok awak sebelum ni,” katanya.

“ Eh. Sebenarnya saya pun rasa macam tu. Tapi mustahil kan?”ujarku.

Tanpa aku sedari, Ziyad menyimpan satu rahsia tentang aku yang aku sendiri tak menyedarinya.

“ Kita ni satu kolej ke?” soalku.

“ Ya. Saya sama course dengan Farhan,” beritahu Ziyad.

Sebaik pulang ke rumah, aku terus mendapatkan Fatini untuk meminta pendapatnya tentang Ziyad.

“Tini, kau tak rasa ke kita macam pernah kenal Ziyad tu?” soalku pantas.

"Cuba kau ingat betul-betul. Haa. Jap. Kalau aku cakap Ziyad tu adalah Afiq kau percaya tak?," ujar Fatini.


"Kau jangan la bergurau. Mustahil Afiq yang kita kenal masa form five tu berubah sampai macam tu." Aku tak dapat menerima hakikat sekiranya Ziyad yang aku kenal sekarang ni sama dengan Afiq yang aku kenal beberapa tahun dulu.

"Hafna, kalau betul lah Ziyad tu adalah Afiq, apa yang kau nak buat?" soal Fatini tiba-tiba.

" Kalau betul lah dia tu Afiq, maybe masa tu aku dah tak de kat sini," aku bersuara perlahan. Ternyata kata-kataku itu membuat Fatini mengerutkan dahinya.

"Apa maksud kau?"
"Tunggu dan lihat. Mungkin masa tu baru kau akan faham," sebaik sahaja mengeluarkan kata-kata itu, aku terus menguncikan diriku dalam bilik. Fatini hanya mampu memandang.
____________________________________________________________

" Hafna, bangun! kau tak de kelas ke hari ni? jerit Fatini sambil mengetuk pintu bilikku dengan kuat.

29.10.11

meaningless appology


ape yang tak puas hati lagi?
aku dah minta maaf.
kalau pasal kat blog ni,
aku bukan letak gambar kau pun masa aku posting tuu.
lagipun just salah faham.
and aku pun dah mengaku yang aku bersalah.
nak ape lagii?

baiklahh. 
saya NURUL HUSNA, calon SPM ingin meminta maaf seikhlas hati kepada CIK ALIAH ATHIRAH kerana membuat kenyataan yang tak masuk akal di facebook, mem'post' ayat yang dianggap senjata untuk menyerang, tersalah anggap persahabatan yang dihulurkan. Sekali lagi saya minta maaf kalau buat awak rasa menyesal sebab berkenalan dengan saya. Mungkin saya bukan kawan yang baik dan tak sesuai jadi kawan awak. thanks sebab pernah berkenalan dengan saya walaupun sekejap.


meaningless meeting


aku jumpa afiq petang tadi.
so what?
sebab tu aku kata meaningless.
even masa tu berdebar gila gila.
tak sangka jumpa.
 bukan aku tak suka dia lagi,
tapi aku rela lupakan perasaan tu kalau betul dia bukan milik aku.
masa tu, maybe aku bukan kawan dia lagi.

#maaf#
i'm try to be strong for all the truth
being beside me <3

wordless weekend :)


ni just sekadar mengisi masa lapang dan masa bosan.
tag daripada sis shasha,

1. shawl or ariani?
= shawl much better <3

2. JB lover?
= not so, but JB quite cute. hehe.

3. fav colour?
= semestinya pinky black :)

4. have admire?
= ramai sangat. hahaa. kidding :))

5. like to be alone?
= of course not. I need my family n bestfriend :)

6. any disease?
= yup. but secret. heh~

7. first time falling in love?
= sekolah rendah? monkey love of course. haha

8. love my school?
= really. but need to leave it somedays. :(

9. most handsome?
= that 'NUBHAN'? haha. LOL!

10. fighting with siblings?
= sometimes. haha saya garang!

11. ur blog?
= adoreable. cute. admiring :)) ape saya merepek ni?



*malas nak tag orang lainn :)) hee~

9.10.11

result trial


okay.
ni adalah keputusan trial aku.
biase je. but still boleh dibanggakan la. hee :)
BAHASA MELAYU : 81 [A]
BAHASA INGGERIS : 74 [B+]
SEJARAH : 71 [B+]
MATEMATIK : 74 [B+]
ADD MATH : 82 [A]
PEND. SYARIAH ISLAM : 80 [A]
BIOLOGY : 55 [C]
CHEMISTRY : 60 [B]
PHYSIC : 64 [C+]
 PEND. QURAN SUNNAH : 84 [A]
B. ARAB TINGGI : 77 [A-] 
    
rumusan:
POINTER : 2.82
KED. DLM KELAS : 3/21
KED. DLM TING : 33/94
Alhamdulillah :)

2.10.11

cita-cita


erk. pagi-pagi mak dah tanya pasal cita-cita.

emak : faiz, nak jadi apa?
faiz : entah. (gelakk)
emak : hish. kalau entah tu, tak de matlamat lagi la tuu.
jiha : adik dah tau. adik nak jadi peguam.
emak : haa. bagus-bagus. jadi peguam syari'e.
aku : mak tanye la kak ngah.
emak : kak ngah nak jadi ape?
aku : kak ngah nak jadi PILOT.(gelakk. hahah)
emak : haa. PILOT? ok je. 
aku : ye la. boleh melancong. nak jadi PRAMUGARI tak boleh. 

#wahh~ macam betul je nak jadi PILOT. tapi ok je. boleh melancong sekali.

co-pilot Husna Nachen

1.10.11

[ wordless night ]


sebab dah tak ada kerja yang berfaedah,
aku pun mengupdating blog niey.
so, entry kali ni just untuk remind diri sendiri.

Nama : Nurul Husna binti Hussin.
No. K/P : 940806-10-xxxx
Angka Giliran : BF0xxA0xx
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Mathematics
- Sejarah
- Bahasa Arab Tinggi
- Chemistry
- Biology
- Physic
- Additional Mathematics
- Pend. Syariah Islamiah
- Pend. al-Quran & Sunnah

Dateline : 14 Nov 2011 


30.9.11

the end of trial


akhirnya berakhir sudah trial SPM.
beberapa subject dah dapat markah.
so, just waiting lahh.
erk, gred naik ke?
75 baru A-?
matii aku.

10.9.11

[wordless night]


bila sms aku kau tak reply,
aku cakap maybe kau bz buat assignment.
bila aku nak call,
takut aku ni mengganggu.
bila aku online,
aku nampak ni...
 

aku tak tau ape yang patut aku fikir sekarang.
waiting or leaving?

aku tau kita hanya KAWAN.
tapi,, perasaan aku?
lebih dari tuu.

TAPI:
x pe lah.
aku tak patut campur hal kau, kan?

oops! TRIAL?


dah EMPAT paper berlalu.
TUJUH lagi yang belum.
agak-agak berapa aku dapat nanti?
banyak ke sikit?
tapi yang pasti, 
aku hope tak lah MENGECEWAKAN.

4.9.11

lirik lagu you-nur jannah alia


 aku jumpa video lagu ni dari profile fb dia.
dia share dari you tube.
sedap lagu ni.
tapi aku hope,
he not say goodbye to me,
 You
you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do

3.9.11

takut?


terkejut kau tau! 
sebab aku online fb je aku ternampak ni
faham tak?
dia in a relationship with ****
rasa nak tercabut jantung aku!
nak menangis, semua ada.
memanglah kitorang ni KAWAN je.
tapii,,,,,,,,,


tapi lepas dia explain,
aku faham dan aku tak kisah sangat KOT.
tak kan nak jelez kalau niat dia nak membantu,kan?

then boleh pula dia kata:
ade ke cakap aku dah tua?
ish.
act penjelasan dia aku tak boleh post.
*atas sebab peribadi*

OMG!!


aku nak buat dua entry serentak!
ni yang first.

semalam kawan sekolah rendah aku meninggal.
eksiden.
hari ni kawan satu kelas masuk hosp.
eksiden.

dua-dua tu calon SPM 2011.

the reason.


hey dear!
awak pernah tanya kita kenapa kita suka awak,kan?
tapi kita belum bagi awak jawapannya.
bukan sebab kita tak tau.
tapi kita nak simpan dulu jawapan tu.
tapi kalau awak baca ni,
awak akan tau jawapannya.

kita suka awak bukan sebab awak ada rumah besar.
sebab kita tau tu rumah parents awak.
kita suka awak bukan sebab awak comel.
sebab kita tau paras rupa bukan alasan.
kita suka awak bukan sebab awak sentiasa cool.
sebab kita tau satu masa nanti awak akan hot juga.

so, kenapa kita suka awak?
kita suka awak sebab awak adalah awak.
dan tak ada sebab untuk kita tak suka awak. :)

1.9.11

entry hari raya :)


rasa macam ketinggalan je baru buat entry pasal raya.
maklumlahh. orang sibuk. (cehh!) haha.

ok la. tengok gambar je boleh tak?
hari pertama. 
abah dengan adik lelaki pergi baraan.



raya ke-2.
tanpa faiz fahmi!
dia pergi sungai besar!

hari ini.
bersama soleha.
rumah: dia :)

ok. kat sini ada cerita.
dia ajak datang rumah dia.
so, aku ajak leha suruh teman.
then sampai sana, diorang sebenarnya buat baraan.
just for BOYS!
maka, just two of us je the only GIRLS.
OMG!




30.8.11

world, smiling with me :))


siapa yang ada baca status fb aku hari ni?
kalau tak baca tak pe. ni aku tunjuk.


tanya la 'kenapa?'
sebab ni


haha. excited sebab
dia jemput datang rumah :)
tapi, aku tak tau boleh datang ke tak.

awk, kalau saya tak datang, maaf yer?

29.8.11

thanks to: my OLD FRIEND


hari tu aku minta jam G-SHOCK dari BOB. dia kata boleh. tapi aku kena datang ekspo, pilih sendiri. so, tadi aku pergi ekspo. bukan sebab nak jam tu! aku nak beli tudung raya.  haha. BELI TUDUNG KAT EKSPO JE? suka hati aku la! bukan aku guna duit kau! err. ok back to the story. aku jumpa BOB. then dia kata pilihla. hahaa. aku memang nak ambik G-SHOCK, tapi BESAR SANGAT! so, aku just ambik odm yang cute jer. pink of course. heehe~




VS



aku tak jumpa gambar jam aku tu~ 

# pesanan penaja : jaga elok-elok tau jam tu. hargai pemberian aku. haha

once again, THANKS A LOT SAFRI HAKIMI (BOB)
* kawan dari tadika <3


kau ingat aku tak berani kah?


okay. kau yang cakap aku tak berani, kan?


so, disebabkan aku memang berani, maka:
ni adalah kesimpulan yang aku dapat melalui blog
MM dan I.M.A.

masing-masing ada perasaanyang sama. tapi disebabkan ada masalah yang memang tak dapat dielakkan, mereka memilih untuk berpisah dan hanya selesa sebagai sahabat. masing-masing memendam perasaan dan hanya diluahkan melalui BLOG POSTING. tol tak?

tapi aku respek kat korang sebab sanggup lepaskan apa yang korang sayang untuk orang lain :')

millions thanks :))


haa~ tengok! apa jadi kat blog ni?
decoration sempena RAYA yang bakal tiba :)

design by Miss Asyrafeqa

28.8.11

penat lah.


penat. macam-macam kerja kena buat kat rumah ni.
awal pagi : sapu sampah, mop lantai, cuci tingkap.
petang : buat kek? ( pandai ke? ) haha
baju belum gosok. haha. excited sangat la tu.
tahun ni langsung tak buat kuih raya.
sebab, ada baby Khalis. :)
nak aku upload pic baju raya ke?
malas lah! haha

27.8.11

saya...........


perlu kemas rumah.
perlu baca buku.
perlu siapkan hw.
perlu banyak buat latihan.
perlu capai target.
perlu say BYE to FB, BLOG?
perlu lupakan dia?
tak mungkin kecuali
KEADAAN MEMAKSA.

so, please pray for my TRIAL and SPM!
thanks, dear <3

untung ke kalau cantik?


aku post entry ni bukan sebab aku nak cakap aku ni CANTIK.
tapi apa guna keCANTIKAN tu kalau perangai ZERO?
adakah paras rupa tu tiket untuk menjadi player?
huh! kalau dah namanya player tu, mestilah hobinya :
MEMPERMAINKAN PERASAAN ORANG!

aku paling tak suka dengar masalah macam ni.
fikir hot?


21.8.11

I + U = LOVE


“ Ziyad, kau ingat tak fasal perempuan cantik yang aku langgar masa kat KFC hari tu?” stanya Farhan.

“ Oh. Ingat je. Kenapa?” soal Ziyad kembali.

“ Tadi aku terlanggar dia lagi. Hahaha. Rupanya dia sama kolej dengan kita. Tapi dia course lain, dia ambil seni kulinari,” terang Farhan panjang lebar.

“ Ye ke? Suka la kau. Haa. Bila nak kenalkan kat aku?” ujar Ziyad.

“ Aku takut kau terpikat je nanti. Aku yang rugi,” gurau Farhan.

“ Kau macam tak kenal aku. Aku ni setia kat Ieqa je,” sangkal Ziyad.

“ Tak habis-habis dengan zaman kanak-kanak kau tu,” ujar Farhan.

“ Salah ke?” soal Ziyad.

“ Aku tak cakap pun salah. Aku just nak tengok sampai bila kau boleh bertahan dengan perasaan kau tu,” ujar Farhan.

“ Ok. Kita tunggu dan lihat nanti,” balas Ziyad.

“ Eh. Weekend ni keluar jom? Aku ajak Hafna sekali?” cadang Farhan.

“ Menarik tu. Lagipun aku memang free weekend ni,” Ziyad bersetuju.

Selepas Farhan keluar dari biliknya, Ziyad mengeluarkan dompetnya yang disimpah di bawah bantal. Dompet merupakan antara barangannya yang tidak boleh disentuh oleh sesiapapun. Ada nilai estetika katanya. Ziyad mengeluarkan sekeping gambar lama yang disimpannya.

“ Ieqa, awak kat mana? Afiq rindukan Ieqa. Afiq rindukan kenangan kita dulu. Semuanya memang indah. Ieqa, awak ingat Afiq lagi tak? Atau Afiq sorang je yang masih ingat kat Ieqa? Tapi Afiq tau Ieqa yang Afiq kenal takkan lupakan Afiq. Afiq yakin satu hari nanti, Afiq akan jumpa Ieqa!” monolog Ziyad dalam hati.

Ziyad dapat rasakan bahawa dia akan bertemu semula dengan kekasihnya suatu ketika dahulu. Setelah puas berfikir, Ziyad membuat keputusan untuk melelapkan mata dan menanti hari esok.
 ________________________________________________________

“ Hafna, ada orang nak jumpa kat luar dewan,” beritahu salah seorang rakanku.

“ Oh. Terima kasih ya,” balasku.

Aku terus menarik tangan Fatini untuk menemaniku.

“ Hafna! Saya la,” jerit Farhan.

“ Oh. Kenapa cari saya?” tanyaku pantas.

“ Awak free tak Sabtu ni? Saya ingat nak ajak awak dan Fatini tengok wayang,”

“  Eh. Mestila boleh. Kitorang memang free pun Sabtu ni,” sampuk Fatini.

Aku mencubit lengan Fatini sedikit kuat.

‘ Budak ni memang suka la kalau diajak tengok wayang,’ bisik Hafna dalam hati.

“ Ok. Fatini pun dah setuju, kita jumpa di Pavi, pukul 10.” Ujar Farhan.

“ Boleh tak kalau saya nak ajak lagi sorang?” soal Fatini.

“ Boleh je. Why not? Boyfie la tu,” sakat Farhan.

Fatini tersenyum senang.


Awal pagi lagi Fatini sudah bersiap dengan mengenakan skirt labuh putih bersama blaus merah jambu. Dia juga mengenakan selendang berwarna putih. Kelihatan lebih feminine berbanding biasa. Aku pula menyarung kemeja longgar berwarna coklat gelap bersama skirt labuh sama warna dengan Fatini dan tudung yamg juga berwarna putih.

Dari jauh lagi aku sudah ternampak kelibat Farhan yang kelihatan santai dengan shirt biru dan jeans.

“ Eh. Dia bawa siapa tu?” soal Fatini ingin tahu.

“ Mana la aku tau,”

“ Hai. Kenalkan ni roommate saya. Ziyad. Tapi orang panggil Iyad je,” beritahu Farhan.

“ Saya Fatini. Yang ni pembantu rumah saya, Hafna,” seloroh Fatini.

‘ Siap kau nanti Fatini!’ bisik hati Hafna.

“ Tak sangka awak ada pembantu rumah yang cantik macam ni,” ujar Ziyad.

“ Hahaha. Saya bergurau je tadi. Ni kawan baik saya. Tapi dia ni terlampau rajin sampai semua nak dibuatnya kat rumah tu,” Fatini membebel.

“ Ehemm. Tak ingat kat saya ke Cik Fatini Tercinta?” satu suara kedengaran.

Fatini pantas menoleh. Nazrul sudah tiba.

“ Patut la Fatini bangun awal hari ni. Ajak cik abang rupanya,” aku pula mengusiknya.

“ Saya dah beli tiket. So, jom masuk panggung sekarang,” ujar Farhan.

“ Err. Awak beli cerita apa?” soalku pantas.

“ Cerita seram yang terbaru tu,” Ziyad membalas.

Aku sudah menelan air liur. Fatini pula memandangku dengan pandangan risau.

“ Kau ok ke, Ana?” soal Fatini.

“ Ok je. Jangan risau. Kalau aku takut nanti, aku peluk la orang kat dalam tu,” ujar ku.

Debaran di dadaku makin memuncak apabila Ziyad mengambil tempat disampingku. Entah mengapa kau rasa seperti aku pernah melihat wajah Ziyad sebelum ini. Tapi aku tak mahu bertanya kepada Farhan.

“ Awak ok ke ni, Ana?” soal Ziyad apabila melihat aku sudah menggigil ketakutan.

“ Saya ok. Awak jangan risau,” ujarku.

‘Ana, nasib baik awak tu bukan mahram saya. Kalau tak, mesti saya dah peluk awak supaya awak tak takut dan rasa selamat dengan saya. Tapi saya tahu. Saya tak boleh bertindak macam tu,’ bisik hati Ziyad.

19.8.11

I + U = LOVE 2



 
Telefon bimbit dalam poket seluarku berbunyi.

Fatini! Alamak. Aku hamper terlupa dengan rancangan asal aku ke sini. Mati aku kena bebel dengan makcik sorang ni.

“ Assalamualaikum,” aku menyapa.

“ Wa’alaikumussalam. Haa. Kau kat mana ni?” ujarnya sedikit kuat.

“ Kejap lagi aku sampai la. Kau dah kat panggung kan?” aku menyoal.

“ Ye la. Cepat sikit tau.” Fatini mengugut.

Talian dimatikan. Aku berjalan pantas tetapi cukup berhati-hati. Blaus tadi aku simpan dalam beg tangan aku yang agak besar itu.

“ Kau pergi mana? Kenapa lama sangat?” soalnya bertalu-talu.

“ Aku accident tadi. Balik nanti aku cerita,” bisikku.

Ternyata riak wajah Fatini seperti tidak sabar mahu mengetahui perkara sebenar.  Sekembalinya kami ke rumah, dia terus memaksa aku untuk menceritakan apa yang telah berlaku. Aku menceritakan peristiwa itu dan menunjukkan blaus yang dibelikan oleh lelaki itu.

“ Lawanya. Rugi aku tak ikut kau tadi,” katanya teruja.

“ Kau jangan nak menggatal. Nazrul kau tu nak campak mana?” aku mengingatkan.

“ Alaa. Aku just nak tengok je. Dia tu handsome ke tak. Haha.” Ujar Fatini.

“ Not bad la. Eh. Kau ni nak tengok movie ke nak dengar cerita aku?” soalku.


Malam itu aku hanya menghabiskan masa dengan online facebook. Tiba-tiba aku terlihat profile seseorang.

“ Fatini! Sini cepat,”  aku menjerit dari dalam bilik.

“ Haa. Ada apa? Kau ni kalau menjerit macam nak panggil Anei belakang rumah,” bebel Fatini.

“ Cuba kau tengok gambar ni. Sebikik macam muka Afiq kan?” tanyaku.

“ Afiq mana ni? Jangan cakap Afiq kekasih dulu-dulu kau tu?” soal Fatini pula.

“ Ye la. Firasat aku kuat mengatakan yang dia ni memang Afiq yang aku cari selama ni. Aku nak add lah,” jawabku separuh excited.

Fatini hanya mampu menggeleng dengan gelagat aku.

“ Dah la. Aku nak tidur ni. Esok kita ada kelas pagi,” Fatini mengingatkan.

Akhirnya, selepas lima minit, aku pun mengambil keputusan untuk tidur.



Aku dan Fatini berjalan dalam kawasan kolej. Fatini sibuk menceritakan tentang Nazrul yang mengajaknya keluar makan malam pada hujung minggu ini.

" Laa. apa masalahnya? Pergi je la. Macam tak biasa pula.," ujarku.

" Kalau kitorang berdua je memang la tak kisah. Masalahnya dia ajak aku datang makan kat rumah dia," kata Fatini gusar.

" Ok la tu. Boleh berkenalan dengan family dia. lagipun korang kan dah kenal lama." aku memujuknya.


Tiba-tiba aku rasa bahuku dilanggar sesuatu.

“ Aduh! Sakitnya.. Tini, aku langgar tembok batu ke tadi?” Tanyaku.

Aku seakan mendengar suara orang sedang ketawa. Sakitnya hati aku. Boleh pula dia gelak padahal dia yang langgar aku tadi? Bukan nak minta maaf.

“ OMG! Hafna? Awak ke tu?” soal lelaki itu.

“ Haa? Awak rupanya, Farhan. What a small world,” ujarku.

“ Sampai hati awak panggil saya tembok batu?” ujarnya seakan merajuk.

“ Ye la. Macam nak patah bahu saya ni awak langgar,” aku bersuara.

Fatini menyenggol tanganku.

“ Eh. Lupa nak kenalkan. Farhan, ni kawan baik saya, Fatini.”

“Farhan,”

“Fatini,”

“So Hafna, awak ambil course apa kat sini?” soal Farhan.

“ Seni kulinari. Awak?” soalku pula.

“ Hotel management. Boleh la kita bekerja bawah satu bumbung nanti.” Cadang Farhan.

“ Sound interesting. Farhan, kitorang ada kelas ni,” sambungku.

“Ok. See you later,” balasnya.



17.8.11

first masterpiece :)


aku sudah mula mencipta I + U = LOVE. Watak-watak dalam cerita ini adalah 90% watak sebenar yang namanya telah diubahsuai. haha. Err. Tapi aku tak tau la bila boleh sambung sebab aku ni kan sentiasa sibuk.  hope u enjoy it :')


I + U = LOVE




“ Ieqa, awak janji jangan tinggalkan Afiq tau,”ujar Afiq.

Dia menyuakan jari kelingkingnya pada Syafiqa. Dua jari kecil itu pantas bertaut.

“ Ieqa janji. Afiq pun jangan tinggalkan Ieqa tau,” kata Syafiqa.

            Namun semua itu hanyalah janji sepasang kanak-kanak yang belum mengerti maksud perpisahan. Kenangan yang tak mampu dilupakan oleh Syafiqa Hafna tentang zaman kanak-kanaknya bersama Ziyad Afiq walaupun telah 15 tahun berlalu. Kini, Syafiqa tidak tahu di mana Afiq berada sekarang kerana mereka telah terputus hubungan sejak keluarga Afiq berpindah ke Kuala Lumpur.

            Walaupun janji itu hanyalah janji zaman kanak-kanak, Syafiqa masih kuat berpegang pada janji tersebut. Buktinya, sehingga kini dia masih belum boleh menerima kehadiran lelaki yang bergelar teman istimewa dalam hidupnya. Bukan tiada lelaki yang mahu mendekati gadis yang berkulit cerah ini. Namun Syafiqa hanya buat tak faham dengan hasrat setiap lelaki yang cuba mendekatinya itu.


“ Wei Hafna! Cepat la siap. Nanti lambat kau yang bising,” laung Fatini dari tingkat bawah.

“ Dah siap la ni. Hish kau ni. Sabarlah. Mentang-mentang aku yang nak belanja hari ni. Bukan main excited lagi kau ya?” bebelku kembali.

‘Lawa betul kawan aku ni. Patut la ramai yang terpikat’ luah hati Fatini.

Hari ini aku dan Fatini membuat keputusan untuk menghabiskan masa cuti hujung minggu dengan menonton wayang.  Aku hanya mengenakan blaus berwarna biru lembut bersama jeans hitam dan tudung berwarna putih yang kurasakan paling ringkas hari ini. Berbeza dengan Fatini yang sentiasa tampil bergaya dengan jeans bersama kemeja yang berwarna putih.

“ Kau tak rasa ke ada orang tengah pandang kita,” bisik Fatini.

“ Kita ni bukan artis yang diorang nak pandang,” ujar Hafna pula.

“ Ok. Eh. Cerita yang kita nak tengok tu lama lagikan? Apakata aku belanja kau makan dulu?” Fatini mengusulkan.

“ Aku ni sebenarnya tak nak susahkan kau. Tapi bila kau dah cakap macam tu, takkan aku nak tolak, kan?” usikku.

“ Kau ni ada sajalah. Hahaha. Tak pe. Aku faham kau lapar,” kata Fatini.

Fatini membuat keputusan untuk mengisi perut di KFC sahaja kerana malas mahu berjalan jauh katanya. Aku hanya menurut kerana aku sememangnya tidah memilih kalau bab makan.

Fatini menyuruh aku menunggu di meja sementara dia mengambil makanan untuk kami.  Sedang enak menjamu selera, tiba-tiba seorang lelaki datang ke arah Fatini dari belakang. Ternyata Fatini terlupa mahu memberitahu teman lelakinya bahawa dia keluar bersama aku hari ini.


“ Fatini, kat sini rupanya awak. Nasib baik Hafna tolong bagitau saya,” kata Nazrul.

Fatini sudah membulatkan matanya ke arahku. Aku hanya tersenyum ke arahnya.

“ Nak marah Hafna la tu. Ish awak ni. Saya ni bukan tak bagi kalau awak nak keluar, tapi inform la dulu kat saya. Boleh sayang?” soal Nazrul.

“ Err, korang, aku nak pergi ladies kejap,” ujarku yang sememangnya tidak mahu mengganggu perbualan pasangan itu.

Dengan gaya jalanku yang sedikit tergesa-gesa menyebabkan satu perlanggaran kecil telah berlaku.

“ Aduhh….sakitnya,” tanpa sedar aku terjerit kecil.

Barulah aku sedar bahawa aku sudahpun terduduk di atas lantai dan aku dapat rasakan blaus yang kupakai basah. Aku memandang raut wajah insan yang telah melanggar aku tadi. Tenyata pemuda itu juga masih terkejut dengan kejadian yang baru berlaku itu. Dia menghulurkan tangan bagi membantu aku bangun. Aku tidak menyambut huluran tangannya kerana kami bukan mahram dan aku masih mampu untuk bangun sendiri.

“ Maafkan saya, Cik…….,” ujar pemuda itu yang kelihatan bersalah.

“ Eh. Bukan salah awak seorang. Saya pun bersalah juga,” kataku.

“ Tapi baju awak basah. Tak kan awak nak balik macam ni?” soalnya.

“ Tak mengapa. Kawan saya ada di sini. Dia boleh tolong,” jawabku.

“ Kalau awak tak keberatan,  boleh saya gantikan blaus awak ni?” katanya.

“ Tak perlu lah. Lagipun sikit je ni,” aku menolak tawaran itu.

“ Tapi awak, saya ikhlas nak gantikan baju awak ni sebab saya betul-betul rasa bersalah sekarang. Jangan hampakan saya ya?” pinta pemuda itu.
Akhirnya aku menyatakan persetujuanku. Dia tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya.

‘ Kacak juga dia ni bila diperhati betul-betul’ bisik hatiku nakal.

“ Awak, tunggu apalagi tu? Mari sini pilih mana yang awak nak,” katanya.

Dia membawa aku ke sebuah butik yang hanya menjual pakaian berjenama yang sudah tentu mahal harganya. Serba salah aku dibuatnya.

“ Kenapa awak bawa saya ke butik ni? Blaus saya ni murah je,” ujarku sopan.

“ Tak pe lah awak. Lagipun saya dah tumpahkan air atas blaus awak tadi,” jawabnya.

Aku menghalakan pandangan keseluruh butik itu untuk mencari blaus yang aku rasakan sesuai dengan kulit aku yang cerah ini. Aku terpandang sehelai blaus rona merah jambu berbunga putih yang sememangnya warna kegemaran ku. Dia perasan dengan pandanganku itu terus mengambil blaus tersebut dan meminta aku mencubanya terlebih dahulu.

Aku terus berlalu ke bilik persalinan. Bila aku teliti baju tersebut, harganya mencecah RM 100 kerana blaus tersebut adalah blaus jenis panjang. Setelah dicuba, ternyata blaus tersebut amat sesuai dengan saiz tubuhku.

Sebaik sahaja aku keluar dari bilik persalinan tersebut, aku menyatakan bahawa baju itu memang mengikut saizku. Tanpa banyak soal, dia terus membayar harga blaus tersebut. Sebaik sahaja kami melangkah keluar dari butik tersebut, aku mengucapkan terima kasih padanya.

“ Awak, terima kasih sebab belikan blaus ni,” ujarku.

“ No need to thank me. Just tell me your name,” balasnya.

“ I’m Hafna. And you?” soalku kembali.

“ Hafna? Unik nama tu. Saya Farhan Syahmi.” Jawab lelaki itu.

“ Ana, boleh saya pinjam handphone awak? Handphone saya habis kredit.” Pintanya.

“ Oh. Gunalah,” aku menghulurkan Experia milikku.

Tiba-tiba handphone dalam poket seluarnya berbunyi. Rupanya dia membuat panggilan ke nombor telefonnya sendiri untuk mendapatkan nombor telefonku.

“ Itu nombor saya. Jangan buang tau,” katanya sambil mengenyitkan mata.


kalau aku buat contest?


kalau aku buat satu contest,
ade tak orang yang nak join contest tu?
aku teringin la nak buat.
macam best je.
setakat ni idea tu dah ada.
tapi tak tau lagi nak buat atau tak.
rasa nya aku patut buat atau tak?
answer me please~

16.8.11

kembali pulang


aku ni suka hati je kan?
balik hari ni.
untunglah sebab esok cuti.
lagipun aku ada masalah kesihatan sikit.
so, lagi prefer duduk kat rumah la.

***********************

awk, tau tak apa kwn sy tnye hari tu?
"ko dengan dia gaduh ke?"
sy ckp kat kwn sy tu,
"mana ada gaduh. kitorang ok je. just masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri."


14.8.11

leave me alone


boleh tak kalau kau tak yah ambik berat sangat pasal aku?
sebelum aku kenal kau pun, aku boleh hidup sendiri.
so, kenapa sekarang ni tak boleh?
kalau aku bagitau kau pun, sure ke kau boleh tolong?
kalau aku cakap : aku NAK DIA selalu depan mata aku,
kau boleh tolong ke?
boleh ke kau nak suruh DIA balik sini?
jawapan nya : mestilah tak kan?
so, kalau aku bagitau kau, nothing can settle, right?

13.8.11

nothing lah~


haishh~  aku pelik betul. kenapa la orang cakap aku ni nak BERCINTA? heyy! ingat aku ni tak sedar ke tahun ni nak SPM? kalau aku ade rapat ngn lelaki pun, sekadar kawan. tak lebih dari tu, okayy? kalau ade pun just perasaan suka yang tak pasti apa akhirnya. lagipun aku sedar diri aku ni siapa. hanya seorang budak sekolah yang bakal menghabiskan alam persekolahan tidak lama lagi. I'm just hoping that something cam change my life either in future or nowadays. something that I cam remember for the rest of my life :') what is it, I don't know

12.8.11

penat, letih, tired


hari-hari asyik aku je yang kena jaga bazar dari pukul 5.15 p.m sampai 7.15 p.m. ingat aku ni tak puasa ke? masa tu kompem2 lom mandi lagi. hish! memang la aku ni pegang gelaran USAHAWAN BERKALIBER. tapi tak kan la hari-hari muke aku je yang kena mandi lambat? buka lambat? yang lain tu mandi awal + balik awal. x patut betul! budak-budak tu pun dah bosan kut asyik tengok muka aku yang pakai baju sekolah lagi masa tu. sesi tadarus aku dengan ariena pun terganggu. sian die. asyik kena tinggal je.minggu depan jual menu baru. haa~ kalau nak tau, datang la. mana boleh cakap kat sini.~



6.8.11



heyy~ aku birthday girl lha~
hee~ tapi esok ade tusyen. aku tak tido lagi.
thanks pda siapa2 yang wish aku.
thanks sgt2.
 

5.8.11

perlu kah?


saya tahu kelas kami x sepandai + x sebagus kelas lain.
tapi perlu ke cikgu bandingkan kitorang?
makin bertambah hari, makin banyak pressure.
hypothesis is ACCEPTED !
saya tahu cikgu risau dengan prestasi kami.
kami yang nak ambik SPM ni lagi la risau.
tapi kami harap sangat, cikgu jangan terlalu bg tekanan pada kami.
kami tahu dan sedar bahawa kami perlu membuat ACCELERATION.
kami perlu ABSORB semua latihan, nota,
ADDITION with exercise for all subjects,
serta DIGEST semua fakta, teori,
REMOVE semua perkara yg tak berfaedah,
akhir sekali, RELEASE semua ketika SPM!

CONCLUSION = 11A+ in our hands. Aminn~
Batch 20. 94' Generation.

1.8.11

pengakhiran~


✿Lelaki yg BAIK---> lelaki yang boleh bimbing wanita ke jalanNya ~
◕Lelaki yg COMEL---> lelaki yg berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid ~
✿Lelaki yg SWEET---> lelaki yg selalu bercakap dengan nada yg rendah ~
◕Lelaki yg ROMANTIK--> lelaki yg menhadiahkan sebuah doa setiap hari ~
✿Lelaki yg CHARMING--> lelaki yg mengingatkan si dia tentang ibadat ~

◕ITU lah Lelaki yg menjadi igauan wanita ..♥ ^_^
****************************************** 

sempena bulan puasa ni, aku rasa nak deactive account facebook aku la.boleh tak? boleh je sebenarnya, kan? just aku je yang still berbelah bagi. tapi kali ni aku nekad. memandangkan bulan puasa yang menandangkan trial SPM dan SPM yang semakin hampir. sape kate aku tak takut? serious aku takut~ tapi MALAS! ape yang aku rajin? biasalah~ surfing, 'sms'ing, chatting, reading ( novel ) OMG! sangat tidak bagus la habit aku ni. aisheh! -_-' baru aku sedar. maka, dengan ini saya mengisytiharkan akaun FACEBOOK saya akan DITUTUP buat SEMENTARA! oh yeah! tapi...... aku mane boleh tinggalkan blog kesayangan aku ni. maka, blog aku akan still BEROPERASI. jangan risau yaww~

30.7.11

gila posting !


dah berape ntah post yang aku wat hari ni.
orang suruh study, malas.
ape nak jadi la aku ni, kan?

_________________________________________________________________

act, tujuan aku wat post kali ni adalah.
jeng...jeng....jeng...
ntah la. sebab aku tetibe je terfikir pasal ni.

I won't change my blog song untill he doesn't need me anymore.
so, if you still hear this song here, it's mean that he still IMM.
but, if you not hear this song here, it's mean that he not belong to me.
simple right? this song like impression of my heart <3

aku ada hak untuk berkata-kata, kan?

persiapan?


persiapan ape? of course lah menyambut bulan Ramadhan.
huhu. x sabar rasanya.

tadi mak tanya : cukup ke baju raya tu?
aku kata : cukup je. bukan nak raya sakan pun tahun ni.
mak kata : betul ke ni?
aku kata : betul la. eh. jap2. baju nye ade brape?
mak kata : satu je la.
aku kate : eh! satu je? macam x cukup je. hahah
mak kata : haa. tau pun.

hee~ maksudnye aku akan cari lagi sepasang baju raya!
even lepas raya tu TRIAL SPM~
tak akan hilang mood raya tahun ni.
bagus kan?

29.7.11

time to updating.


banyak peristiwa yang berlaku sepanjang minggu ni.
tapi aku x boleh nak cerita kat sini.
takut ade yang salah faham!

oke.
ape yang aku boleh cakap adalah,
jangan pertikaikan perasaan aku kat die.
even die jauh dari aku.
jangan ingat aku dah lupa kan die.
tempoh masa 3-4 tahun sebelum habis kan diploma.
tu lah masa penentu~
either i still with him or not.
but for now, we not more than friend.
satisfy?
i missed him~ huu~

22.7.11

aku sudah besar.


eh. bukan 'BESAR' yang tu tau.
maksudnya aku dah semakin dewasa.
tahun depan sama ada UNI/MATRIK/F6.
bermaksud aku memang kena belajar berdikari, kan?
dah tak boleh nak bergantung kat orang lain dah.
dah x boleh nak harapkan orang lain.
sedih gak bile fikir balik.
macam x boleh nak manje2 dah.
aduhh -_-'
betul kot orang cakao aku ni KUAT TOUCHING. hee~

15.7.11

alhamdulillah.


lepas check sendiri keputusan PLKN, aku dengan yakin mengumumkan bahawa NURUL HUSNA BT HUSSIN tidak terpilih menyertai program tersebut dan sudah bersedia untuk memiliki lesen kenderaan selepas SPM! serta banyak lagi aktiviti yang boleh dilaksanakan mengikut SENARAI.

tahniah juga diucapkan buat rakan2 seangkatan yang terpilih.
barisan wirawati SMKASL: JEEHA, AZRINA, MAHIRAH, AIDA, NURAINI, AIN, KHIRDA, ALIYA, NURIN,HUDA.
barisan wira SMKASL: IZZUDDIN, ZULKIFLI, HUZAIFAH,NAQIB,BUKHARI

berkhidmat untuk negara.
kepada yang tidak terpilih: jangan sedih. haha

14.7.11

PLKN issue~


aku x dapat PLKN. perasaan? mesti la suke. haha
banyak lagi bnde yang aku boleh buat.
ambik lesen! haha.

setakat ni 15 orang la yang da tersenarai.
malas lak nak tulis kat sini. haha

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

ade orang jelez ke?
sebab?
aku ade hak nak suke kat sesape pun.
maka, kalau tak suka, SENYAP je lah!
oke? bukan nye aku ade pape pun ngan die tu.
KAWAN! enough!

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

ingat aku ni barang ke ape?
suke hati je nak campak-campak aku!
sengal gile!

10.7.11


hati orang kite x boleh nak paksa kan?
aku pun x boleh nak paksa orang suke kat aku.
walaupun aku suka kat dia.

ahh~ mood jiwang bermula.
banyak bace novel punye pasal




sehari je aku habis kan 830 ms ni. haha :)

9.7.11

yakin.


ustazah cakap : Allah mengikut sangkaan hambaNYA.
kita hanya perlu yakin.
ape yang aku perlu buat sekarang adalah USAHA.

aku just nak fokus kat study je.
 lagipun SPM just near the corner.
aku x patut sesak kan otak aku ngn bnde-bnde yang x patut kan?

so, sekarang ni, BUKU,BUKU,BUKU.
ILY ( I LOVE YOU)  :')


8.7.11

ok?


kalau x suke, buat ape bace blog aku? huh! ade aku suruh bace? tak kan? maka, kalau tak suka, duduk JAUH lah! jangan main kat sini. oke? BLOG adalah milikan peribadi. ONLINE DIARY kot. kalau nak baca, ok fine. aku tak kisah.


haa? maksod IWALY?
cari sendiri boleh?

2.7.11

sedih > suka


dugaan betul hari ni. pagi-pagi dah buat drama airmata. cari ais untuk jualan tak jumpa. dengan dak laki yang x bawak turun barang lagi. susah betul. x boleh nak setting awal. geram betull. nanges tadii. malu jep. haha. then UNCLE dewan makan yang belikan. Alhamdulillah. 5 minit kemudian baru la dak2 laki datang bawak segale bagai barang2. huh! baru tenang hati aku.

nasib baik jualan berjalan lancar. so, xde la marah sangat kan? kitorang bukak 2 gerai. satu lagi khas untuk kerepek. haha. macam2 ade. cube tengok ni. tak menang tangan diorang layan pelanggan.

oke then, mase aku lepak kat gerai ni, aku nampak dia datang! gila EXCITED kau tau. haha. terharu :') hahah. memang comel lha die tadii. hee~


Dia yang belakang tu tau! bukan yang depan! huhu. nnti ade yang salah orang lak. haha.
even x dapat sembang ngan die, dapat gamba pn cukup la :)

1.7.11

esok


larian 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia.
kitorang bukak gerai. jual macam2.
hope sangat die datang.
nk jumpe.
kalau for the last pn, aku x kisah.
mase die datang hari tu, x jumpe pun.
juz tengok dari jauh je.

29.6.11

akhirnya..


28/6/2011

die dtg skola for the last. die bagi note. good luck SPM. terharu nye.. hehe, pasni x tau la bile dpt jumpe die lagi...

26.6.11

tenang.


for my dearest friend,
lepas ni aku yakin korang boleh pergi sekolah dalam keadaan yang happy. sebab? dak ****** dah xde kat sekolah. dan aku pun dah x perlu dengar kata-kata korang yang menyakitkan hati aku. lepas ni dia pergi, korang aman la. dah x payah tengok muke die kat mane-mane. suke la korang kan? die dah xde. x tau la lepas ni sape lak yang jadi mangse. aku x tau la pulak kalau lepas die pergi pun korang akan cakap pasal die jugak. korang kan tak suke die. so, korang x yah la cakap pasal die. aku hope lepas ni aku x dengar korang sebut name die lagi !

just for you~


boleh x aku nak mentioned name dia kat sini?

AFIQ B. SAHARUDIN, lagu ni memang untuk awk,


aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu
reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku
repeat reff
tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu
repeat reff
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku




jangan lupe kan sy, boleh?

awk, sy mintak maaf kalau sy banyak susah kan awk.

25.6.11

takdir penentu~


act aku tak tau nak tulis pasal ape.
untuk persiapan menghadapi 2/7/11.
tarikh keramat tuh~ kenapa?
sebab.............

pergilah~


just go if it can make you hapy. i'm nothing,kan? sekurang-kurangnye kalau kau pergi, kawan-kawan aku dah tak cakap macam-macam lagi pasal kau. kau ingat aku suka ke? tapi mungkin tu yang terbaik untuk semua kan?

24.6.11

Alhamdulillah :)


result mid-year exam yang agak membanggakan.

BM : 78%
BI : 71%
BA : 62%
MATH : 71%
PSI : 83%
PQS  : 83%
CHEM : 56%
BIO : 44%
PHY : 36%
SEJ : 46%
+MT : 44%

oke :)
kedudukan kelas : 1/22
dlm form : 38/94.

sakit hati.


apa kata, kalau kau tak suka dia, kau diam-diam je.? x payah la nak mentioned depan aku. kau tau tak, apa yang kau cakap tu buat aku sakit hati. cuba kalau kau. sesuatu yang kau suka orang kutuk-kutuk? sakit hati kan? aku tau lah dia tu tak perfect. bukan kau yang suka dia pun! tak payah nak cakap macam-macam pasal dia. kalau kau cakap sekali aku boleh terima lagi. ni kalau hari-hari kau kutuk dia depan aku, memang aku geram. kau tau apa? kau kan memang tak pernah fikir pasal perasaan orang lain. aku tak nak gaduh dengan kau sebab dia. tapi, aku hope sangat kau faham perasaan aku. kalau betul pun kau tak suka dia, kau jangan la kutuk dia macam-macam. aku tak suka. jeeha, stop it kay?

10.6.11

menunggu~


khamis-sehari aku kat hosp. tunggu emak. emak baru masuk wad. baby belum nak keluar lagi. ahaha. tapi aku ditemani dia. tak percaya? betull. teman kat hp =) oke. sekarang ni abah yang tunggu. tak boleh masuk wad, so, abah tidur kat surau hosp.wahh~

8.6.11

friend's quote


f said : every cloud in the skies have different shapes....i belive everybodies same like cloud..everyone have different attitude and experient...So...!dont scare with your life but,,enjoy it fully..HAHAHA

i said : if A ia 1, B is 2 ,C is 3..Z is 26 then L+O+V+E is 54..F+R+I+E+N+D+S+H+I+P is 108..interesting?
Friendship is twice stronger than love..

7.6.11

finally-selesaii


boleh tak kalau aku nak cakap, hampir semua masalah semakin selesaii? itu lah hakikatnya. haha. syukurr~ tak de istilah D*** suka aku atau apa pun. haha. x faham? search lah kat Google. malas nak type.

6.6.11

aduyy.


nape la ramai sangat yang suka aku nii? wahh~ statement perasan lebihh,kan? aku online fb, tetiba ada budak penang cakap: sy suka awk. derr~ aku kenal dia ke? x langsung. sepak gak la budak tuu~ kenal pun tak. suka suka hati je. siapa dia tuu? aku x kenal langsong lahh! arghh~ someone, help me please!!! dah la dia kata: sy x kenal awk, awk pn x kenal sy. tpi sy x tau cmmne sy boleh ska kat awk. dak penang lak tuu~

4.6.11

aku sayang.


jeeha,kalau kau ada masalah ngn dak laki form kita, kau jangan libatkan dak laki form lain. aku tak benci kau lah!kan aku cakap aku sayang kau. tapi kenapa boleh jadi sampai macam ni? aku dah penat tau tak? penat menangis. aku tak sangka....dia dah x nak kawan ngn aku~ dia dah x nak balas mcg aku. dan dia x angkat pun bila aku call. kenapa? answer me please? aku ke yang salah? kenapa kau buat aku macam ni? kalau kau x suka aku kawan ngn dia, cakap la terus terang. aku boleh terima! hey mata! berenti la nangiss. malu lah! dah besar pun nangis.
 
Tempelate Designed by Lettha|Copyright-2011|Protected