Welcome to my site! thanks for visit mine
Husna Create World: August 2011

30.8.11

world, smiling with me :))


siapa yang ada baca status fb aku hari ni?
kalau tak baca tak pe. ni aku tunjuk.


tanya la 'kenapa?'
sebab ni


haha. excited sebab
dia jemput datang rumah :)
tapi, aku tak tau boleh datang ke tak.

awk, kalau saya tak datang, maaf yer?

29.8.11

thanks to: my OLD FRIEND


hari tu aku minta jam G-SHOCK dari BOB. dia kata boleh. tapi aku kena datang ekspo, pilih sendiri. so, tadi aku pergi ekspo. bukan sebab nak jam tu! aku nak beli tudung raya.  haha. BELI TUDUNG KAT EKSPO JE? suka hati aku la! bukan aku guna duit kau! err. ok back to the story. aku jumpa BOB. then dia kata pilihla. hahaa. aku memang nak ambik G-SHOCK, tapi BESAR SANGAT! so, aku just ambik odm yang cute jer. pink of course. heehe~




VS



aku tak jumpa gambar jam aku tu~ 

# pesanan penaja : jaga elok-elok tau jam tu. hargai pemberian aku. haha

once again, THANKS A LOT SAFRI HAKIMI (BOB)
* kawan dari tadika <3


kau ingat aku tak berani kah?


okay. kau yang cakap aku tak berani, kan?


so, disebabkan aku memang berani, maka:
ni adalah kesimpulan yang aku dapat melalui blog
MM dan I.M.A.

masing-masing ada perasaanyang sama. tapi disebabkan ada masalah yang memang tak dapat dielakkan, mereka memilih untuk berpisah dan hanya selesa sebagai sahabat. masing-masing memendam perasaan dan hanya diluahkan melalui BLOG POSTING. tol tak?

tapi aku respek kat korang sebab sanggup lepaskan apa yang korang sayang untuk orang lain :')

millions thanks :))


haa~ tengok! apa jadi kat blog ni?
decoration sempena RAYA yang bakal tiba :)

design by Miss Asyrafeqa

28.8.11

penat lah.


penat. macam-macam kerja kena buat kat rumah ni.
awal pagi : sapu sampah, mop lantai, cuci tingkap.
petang : buat kek? ( pandai ke? ) haha
baju belum gosok. haha. excited sangat la tu.
tahun ni langsung tak buat kuih raya.
sebab, ada baby Khalis. :)
nak aku upload pic baju raya ke?
malas lah! haha

27.8.11

saya...........


perlu kemas rumah.
perlu baca buku.
perlu siapkan hw.
perlu banyak buat latihan.
perlu capai target.
perlu say BYE to FB, BLOG?
perlu lupakan dia?
tak mungkin kecuali
KEADAAN MEMAKSA.

so, please pray for my TRIAL and SPM!
thanks, dear <3

untung ke kalau cantik?


aku post entry ni bukan sebab aku nak cakap aku ni CANTIK.
tapi apa guna keCANTIKAN tu kalau perangai ZERO?
adakah paras rupa tu tiket untuk menjadi player?
huh! kalau dah namanya player tu, mestilah hobinya :
MEMPERMAINKAN PERASAAN ORANG!

aku paling tak suka dengar masalah macam ni.
fikir hot?


21.8.11

I + U = LOVE


“ Ziyad, kau ingat tak fasal perempuan cantik yang aku langgar masa kat KFC hari tu?” stanya Farhan.

“ Oh. Ingat je. Kenapa?” soal Ziyad kembali.

“ Tadi aku terlanggar dia lagi. Hahaha. Rupanya dia sama kolej dengan kita. Tapi dia course lain, dia ambil seni kulinari,” terang Farhan panjang lebar.

“ Ye ke? Suka la kau. Haa. Bila nak kenalkan kat aku?” ujar Ziyad.

“ Aku takut kau terpikat je nanti. Aku yang rugi,” gurau Farhan.

“ Kau macam tak kenal aku. Aku ni setia kat Ieqa je,” sangkal Ziyad.

“ Tak habis-habis dengan zaman kanak-kanak kau tu,” ujar Farhan.

“ Salah ke?” soal Ziyad.

“ Aku tak cakap pun salah. Aku just nak tengok sampai bila kau boleh bertahan dengan perasaan kau tu,” ujar Farhan.

“ Ok. Kita tunggu dan lihat nanti,” balas Ziyad.

“ Eh. Weekend ni keluar jom? Aku ajak Hafna sekali?” cadang Farhan.

“ Menarik tu. Lagipun aku memang free weekend ni,” Ziyad bersetuju.

Selepas Farhan keluar dari biliknya, Ziyad mengeluarkan dompetnya yang disimpah di bawah bantal. Dompet merupakan antara barangannya yang tidak boleh disentuh oleh sesiapapun. Ada nilai estetika katanya. Ziyad mengeluarkan sekeping gambar lama yang disimpannya.

“ Ieqa, awak kat mana? Afiq rindukan Ieqa. Afiq rindukan kenangan kita dulu. Semuanya memang indah. Ieqa, awak ingat Afiq lagi tak? Atau Afiq sorang je yang masih ingat kat Ieqa? Tapi Afiq tau Ieqa yang Afiq kenal takkan lupakan Afiq. Afiq yakin satu hari nanti, Afiq akan jumpa Ieqa!” monolog Ziyad dalam hati.

Ziyad dapat rasakan bahawa dia akan bertemu semula dengan kekasihnya suatu ketika dahulu. Setelah puas berfikir, Ziyad membuat keputusan untuk melelapkan mata dan menanti hari esok.
 ________________________________________________________

“ Hafna, ada orang nak jumpa kat luar dewan,” beritahu salah seorang rakanku.

“ Oh. Terima kasih ya,” balasku.

Aku terus menarik tangan Fatini untuk menemaniku.

“ Hafna! Saya la,” jerit Farhan.

“ Oh. Kenapa cari saya?” tanyaku pantas.

“ Awak free tak Sabtu ni? Saya ingat nak ajak awak dan Fatini tengok wayang,”

“  Eh. Mestila boleh. Kitorang memang free pun Sabtu ni,” sampuk Fatini.

Aku mencubit lengan Fatini sedikit kuat.

‘ Budak ni memang suka la kalau diajak tengok wayang,’ bisik Hafna dalam hati.

“ Ok. Fatini pun dah setuju, kita jumpa di Pavi, pukul 10.” Ujar Farhan.

“ Boleh tak kalau saya nak ajak lagi sorang?” soal Fatini.

“ Boleh je. Why not? Boyfie la tu,” sakat Farhan.

Fatini tersenyum senang.


Awal pagi lagi Fatini sudah bersiap dengan mengenakan skirt labuh putih bersama blaus merah jambu. Dia juga mengenakan selendang berwarna putih. Kelihatan lebih feminine berbanding biasa. Aku pula menyarung kemeja longgar berwarna coklat gelap bersama skirt labuh sama warna dengan Fatini dan tudung yamg juga berwarna putih.

Dari jauh lagi aku sudah ternampak kelibat Farhan yang kelihatan santai dengan shirt biru dan jeans.

“ Eh. Dia bawa siapa tu?” soal Fatini ingin tahu.

“ Mana la aku tau,”

“ Hai. Kenalkan ni roommate saya. Ziyad. Tapi orang panggil Iyad je,” beritahu Farhan.

“ Saya Fatini. Yang ni pembantu rumah saya, Hafna,” seloroh Fatini.

‘ Siap kau nanti Fatini!’ bisik hati Hafna.

“ Tak sangka awak ada pembantu rumah yang cantik macam ni,” ujar Ziyad.

“ Hahaha. Saya bergurau je tadi. Ni kawan baik saya. Tapi dia ni terlampau rajin sampai semua nak dibuatnya kat rumah tu,” Fatini membebel.

“ Ehemm. Tak ingat kat saya ke Cik Fatini Tercinta?” satu suara kedengaran.

Fatini pantas menoleh. Nazrul sudah tiba.

“ Patut la Fatini bangun awal hari ni. Ajak cik abang rupanya,” aku pula mengusiknya.

“ Saya dah beli tiket. So, jom masuk panggung sekarang,” ujar Farhan.

“ Err. Awak beli cerita apa?” soalku pantas.

“ Cerita seram yang terbaru tu,” Ziyad membalas.

Aku sudah menelan air liur. Fatini pula memandangku dengan pandangan risau.

“ Kau ok ke, Ana?” soal Fatini.

“ Ok je. Jangan risau. Kalau aku takut nanti, aku peluk la orang kat dalam tu,” ujar ku.

Debaran di dadaku makin memuncak apabila Ziyad mengambil tempat disampingku. Entah mengapa kau rasa seperti aku pernah melihat wajah Ziyad sebelum ini. Tapi aku tak mahu bertanya kepada Farhan.

“ Awak ok ke ni, Ana?” soal Ziyad apabila melihat aku sudah menggigil ketakutan.

“ Saya ok. Awak jangan risau,” ujarku.

‘Ana, nasib baik awak tu bukan mahram saya. Kalau tak, mesti saya dah peluk awak supaya awak tak takut dan rasa selamat dengan saya. Tapi saya tahu. Saya tak boleh bertindak macam tu,’ bisik hati Ziyad.

19.8.11

I + U = LOVE 2



 
Telefon bimbit dalam poket seluarku berbunyi.

Fatini! Alamak. Aku hamper terlupa dengan rancangan asal aku ke sini. Mati aku kena bebel dengan makcik sorang ni.

“ Assalamualaikum,” aku menyapa.

“ Wa’alaikumussalam. Haa. Kau kat mana ni?” ujarnya sedikit kuat.

“ Kejap lagi aku sampai la. Kau dah kat panggung kan?” aku menyoal.

“ Ye la. Cepat sikit tau.” Fatini mengugut.

Talian dimatikan. Aku berjalan pantas tetapi cukup berhati-hati. Blaus tadi aku simpan dalam beg tangan aku yang agak besar itu.

“ Kau pergi mana? Kenapa lama sangat?” soalnya bertalu-talu.

“ Aku accident tadi. Balik nanti aku cerita,” bisikku.

Ternyata riak wajah Fatini seperti tidak sabar mahu mengetahui perkara sebenar.  Sekembalinya kami ke rumah, dia terus memaksa aku untuk menceritakan apa yang telah berlaku. Aku menceritakan peristiwa itu dan menunjukkan blaus yang dibelikan oleh lelaki itu.

“ Lawanya. Rugi aku tak ikut kau tadi,” katanya teruja.

“ Kau jangan nak menggatal. Nazrul kau tu nak campak mana?” aku mengingatkan.

“ Alaa. Aku just nak tengok je. Dia tu handsome ke tak. Haha.” Ujar Fatini.

“ Not bad la. Eh. Kau ni nak tengok movie ke nak dengar cerita aku?” soalku.


Malam itu aku hanya menghabiskan masa dengan online facebook. Tiba-tiba aku terlihat profile seseorang.

“ Fatini! Sini cepat,”  aku menjerit dari dalam bilik.

“ Haa. Ada apa? Kau ni kalau menjerit macam nak panggil Anei belakang rumah,” bebel Fatini.

“ Cuba kau tengok gambar ni. Sebikik macam muka Afiq kan?” tanyaku.

“ Afiq mana ni? Jangan cakap Afiq kekasih dulu-dulu kau tu?” soal Fatini pula.

“ Ye la. Firasat aku kuat mengatakan yang dia ni memang Afiq yang aku cari selama ni. Aku nak add lah,” jawabku separuh excited.

Fatini hanya mampu menggeleng dengan gelagat aku.

“ Dah la. Aku nak tidur ni. Esok kita ada kelas pagi,” Fatini mengingatkan.

Akhirnya, selepas lima minit, aku pun mengambil keputusan untuk tidur.



Aku dan Fatini berjalan dalam kawasan kolej. Fatini sibuk menceritakan tentang Nazrul yang mengajaknya keluar makan malam pada hujung minggu ini.

" Laa. apa masalahnya? Pergi je la. Macam tak biasa pula.," ujarku.

" Kalau kitorang berdua je memang la tak kisah. Masalahnya dia ajak aku datang makan kat rumah dia," kata Fatini gusar.

" Ok la tu. Boleh berkenalan dengan family dia. lagipun korang kan dah kenal lama." aku memujuknya.


Tiba-tiba aku rasa bahuku dilanggar sesuatu.

“ Aduh! Sakitnya.. Tini, aku langgar tembok batu ke tadi?” Tanyaku.

Aku seakan mendengar suara orang sedang ketawa. Sakitnya hati aku. Boleh pula dia gelak padahal dia yang langgar aku tadi? Bukan nak minta maaf.

“ OMG! Hafna? Awak ke tu?” soal lelaki itu.

“ Haa? Awak rupanya, Farhan. What a small world,” ujarku.

“ Sampai hati awak panggil saya tembok batu?” ujarnya seakan merajuk.

“ Ye la. Macam nak patah bahu saya ni awak langgar,” aku bersuara.

Fatini menyenggol tanganku.

“ Eh. Lupa nak kenalkan. Farhan, ni kawan baik saya, Fatini.”

“Farhan,”

“Fatini,”

“So Hafna, awak ambil course apa kat sini?” soal Farhan.

“ Seni kulinari. Awak?” soalku pula.

“ Hotel management. Boleh la kita bekerja bawah satu bumbung nanti.” Cadang Farhan.

“ Sound interesting. Farhan, kitorang ada kelas ni,” sambungku.

“Ok. See you later,” balasnya.



17.8.11

first masterpiece :)


aku sudah mula mencipta I + U = LOVE. Watak-watak dalam cerita ini adalah 90% watak sebenar yang namanya telah diubahsuai. haha. Err. Tapi aku tak tau la bila boleh sambung sebab aku ni kan sentiasa sibuk.  hope u enjoy it :')


I + U = LOVE




“ Ieqa, awak janji jangan tinggalkan Afiq tau,”ujar Afiq.

Dia menyuakan jari kelingkingnya pada Syafiqa. Dua jari kecil itu pantas bertaut.

“ Ieqa janji. Afiq pun jangan tinggalkan Ieqa tau,” kata Syafiqa.

            Namun semua itu hanyalah janji sepasang kanak-kanak yang belum mengerti maksud perpisahan. Kenangan yang tak mampu dilupakan oleh Syafiqa Hafna tentang zaman kanak-kanaknya bersama Ziyad Afiq walaupun telah 15 tahun berlalu. Kini, Syafiqa tidak tahu di mana Afiq berada sekarang kerana mereka telah terputus hubungan sejak keluarga Afiq berpindah ke Kuala Lumpur.

            Walaupun janji itu hanyalah janji zaman kanak-kanak, Syafiqa masih kuat berpegang pada janji tersebut. Buktinya, sehingga kini dia masih belum boleh menerima kehadiran lelaki yang bergelar teman istimewa dalam hidupnya. Bukan tiada lelaki yang mahu mendekati gadis yang berkulit cerah ini. Namun Syafiqa hanya buat tak faham dengan hasrat setiap lelaki yang cuba mendekatinya itu.


“ Wei Hafna! Cepat la siap. Nanti lambat kau yang bising,” laung Fatini dari tingkat bawah.

“ Dah siap la ni. Hish kau ni. Sabarlah. Mentang-mentang aku yang nak belanja hari ni. Bukan main excited lagi kau ya?” bebelku kembali.

‘Lawa betul kawan aku ni. Patut la ramai yang terpikat’ luah hati Fatini.

Hari ini aku dan Fatini membuat keputusan untuk menghabiskan masa cuti hujung minggu dengan menonton wayang.  Aku hanya mengenakan blaus berwarna biru lembut bersama jeans hitam dan tudung berwarna putih yang kurasakan paling ringkas hari ini. Berbeza dengan Fatini yang sentiasa tampil bergaya dengan jeans bersama kemeja yang berwarna putih.

“ Kau tak rasa ke ada orang tengah pandang kita,” bisik Fatini.

“ Kita ni bukan artis yang diorang nak pandang,” ujar Hafna pula.

“ Ok. Eh. Cerita yang kita nak tengok tu lama lagikan? Apakata aku belanja kau makan dulu?” Fatini mengusulkan.

“ Aku ni sebenarnya tak nak susahkan kau. Tapi bila kau dah cakap macam tu, takkan aku nak tolak, kan?” usikku.

“ Kau ni ada sajalah. Hahaha. Tak pe. Aku faham kau lapar,” kata Fatini.

Fatini membuat keputusan untuk mengisi perut di KFC sahaja kerana malas mahu berjalan jauh katanya. Aku hanya menurut kerana aku sememangnya tidah memilih kalau bab makan.

Fatini menyuruh aku menunggu di meja sementara dia mengambil makanan untuk kami.  Sedang enak menjamu selera, tiba-tiba seorang lelaki datang ke arah Fatini dari belakang. Ternyata Fatini terlupa mahu memberitahu teman lelakinya bahawa dia keluar bersama aku hari ini.


“ Fatini, kat sini rupanya awak. Nasib baik Hafna tolong bagitau saya,” kata Nazrul.

Fatini sudah membulatkan matanya ke arahku. Aku hanya tersenyum ke arahnya.

“ Nak marah Hafna la tu. Ish awak ni. Saya ni bukan tak bagi kalau awak nak keluar, tapi inform la dulu kat saya. Boleh sayang?” soal Nazrul.

“ Err, korang, aku nak pergi ladies kejap,” ujarku yang sememangnya tidak mahu mengganggu perbualan pasangan itu.

Dengan gaya jalanku yang sedikit tergesa-gesa menyebabkan satu perlanggaran kecil telah berlaku.

“ Aduhh….sakitnya,” tanpa sedar aku terjerit kecil.

Barulah aku sedar bahawa aku sudahpun terduduk di atas lantai dan aku dapat rasakan blaus yang kupakai basah. Aku memandang raut wajah insan yang telah melanggar aku tadi. Tenyata pemuda itu juga masih terkejut dengan kejadian yang baru berlaku itu. Dia menghulurkan tangan bagi membantu aku bangun. Aku tidak menyambut huluran tangannya kerana kami bukan mahram dan aku masih mampu untuk bangun sendiri.

“ Maafkan saya, Cik…….,” ujar pemuda itu yang kelihatan bersalah.

“ Eh. Bukan salah awak seorang. Saya pun bersalah juga,” kataku.

“ Tapi baju awak basah. Tak kan awak nak balik macam ni?” soalnya.

“ Tak mengapa. Kawan saya ada di sini. Dia boleh tolong,” jawabku.

“ Kalau awak tak keberatan,  boleh saya gantikan blaus awak ni?” katanya.

“ Tak perlu lah. Lagipun sikit je ni,” aku menolak tawaran itu.

“ Tapi awak, saya ikhlas nak gantikan baju awak ni sebab saya betul-betul rasa bersalah sekarang. Jangan hampakan saya ya?” pinta pemuda itu.
Akhirnya aku menyatakan persetujuanku. Dia tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya.

‘ Kacak juga dia ni bila diperhati betul-betul’ bisik hatiku nakal.

“ Awak, tunggu apalagi tu? Mari sini pilih mana yang awak nak,” katanya.

Dia membawa aku ke sebuah butik yang hanya menjual pakaian berjenama yang sudah tentu mahal harganya. Serba salah aku dibuatnya.

“ Kenapa awak bawa saya ke butik ni? Blaus saya ni murah je,” ujarku sopan.

“ Tak pe lah awak. Lagipun saya dah tumpahkan air atas blaus awak tadi,” jawabnya.

Aku menghalakan pandangan keseluruh butik itu untuk mencari blaus yang aku rasakan sesuai dengan kulit aku yang cerah ini. Aku terpandang sehelai blaus rona merah jambu berbunga putih yang sememangnya warna kegemaran ku. Dia perasan dengan pandanganku itu terus mengambil blaus tersebut dan meminta aku mencubanya terlebih dahulu.

Aku terus berlalu ke bilik persalinan. Bila aku teliti baju tersebut, harganya mencecah RM 100 kerana blaus tersebut adalah blaus jenis panjang. Setelah dicuba, ternyata blaus tersebut amat sesuai dengan saiz tubuhku.

Sebaik sahaja aku keluar dari bilik persalinan tersebut, aku menyatakan bahawa baju itu memang mengikut saizku. Tanpa banyak soal, dia terus membayar harga blaus tersebut. Sebaik sahaja kami melangkah keluar dari butik tersebut, aku mengucapkan terima kasih padanya.

“ Awak, terima kasih sebab belikan blaus ni,” ujarku.

“ No need to thank me. Just tell me your name,” balasnya.

“ I’m Hafna. And you?” soalku kembali.

“ Hafna? Unik nama tu. Saya Farhan Syahmi.” Jawab lelaki itu.

“ Ana, boleh saya pinjam handphone awak? Handphone saya habis kredit.” Pintanya.

“ Oh. Gunalah,” aku menghulurkan Experia milikku.

Tiba-tiba handphone dalam poket seluarnya berbunyi. Rupanya dia membuat panggilan ke nombor telefonnya sendiri untuk mendapatkan nombor telefonku.

“ Itu nombor saya. Jangan buang tau,” katanya sambil mengenyitkan mata.


kalau aku buat contest?


kalau aku buat satu contest,
ade tak orang yang nak join contest tu?
aku teringin la nak buat.
macam best je.
setakat ni idea tu dah ada.
tapi tak tau lagi nak buat atau tak.
rasa nya aku patut buat atau tak?
answer me please~

16.8.11

kembali pulang


aku ni suka hati je kan?
balik hari ni.
untunglah sebab esok cuti.
lagipun aku ada masalah kesihatan sikit.
so, lagi prefer duduk kat rumah la.

***********************

awk, tau tak apa kwn sy tnye hari tu?
"ko dengan dia gaduh ke?"
sy ckp kat kwn sy tu,
"mana ada gaduh. kitorang ok je. just masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri."


14.8.11

leave me alone


boleh tak kalau kau tak yah ambik berat sangat pasal aku?
sebelum aku kenal kau pun, aku boleh hidup sendiri.
so, kenapa sekarang ni tak boleh?
kalau aku bagitau kau pun, sure ke kau boleh tolong?
kalau aku cakap : aku NAK DIA selalu depan mata aku,
kau boleh tolong ke?
boleh ke kau nak suruh DIA balik sini?
jawapan nya : mestilah tak kan?
so, kalau aku bagitau kau, nothing can settle, right?

13.8.11

nothing lah~


haishh~  aku pelik betul. kenapa la orang cakap aku ni nak BERCINTA? heyy! ingat aku ni tak sedar ke tahun ni nak SPM? kalau aku ade rapat ngn lelaki pun, sekadar kawan. tak lebih dari tu, okayy? kalau ade pun just perasaan suka yang tak pasti apa akhirnya. lagipun aku sedar diri aku ni siapa. hanya seorang budak sekolah yang bakal menghabiskan alam persekolahan tidak lama lagi. I'm just hoping that something cam change my life either in future or nowadays. something that I cam remember for the rest of my life :') what is it, I don't know

12.8.11

penat, letih, tired


hari-hari asyik aku je yang kena jaga bazar dari pukul 5.15 p.m sampai 7.15 p.m. ingat aku ni tak puasa ke? masa tu kompem2 lom mandi lagi. hish! memang la aku ni pegang gelaran USAHAWAN BERKALIBER. tapi tak kan la hari-hari muke aku je yang kena mandi lambat? buka lambat? yang lain tu mandi awal + balik awal. x patut betul! budak-budak tu pun dah bosan kut asyik tengok muka aku yang pakai baju sekolah lagi masa tu. sesi tadarus aku dengan ariena pun terganggu. sian die. asyik kena tinggal je.minggu depan jual menu baru. haa~ kalau nak tau, datang la. mana boleh cakap kat sini.~



6.8.11



heyy~ aku birthday girl lha~
hee~ tapi esok ade tusyen. aku tak tido lagi.
thanks pda siapa2 yang wish aku.
thanks sgt2.
 

5.8.11

perlu kah?


saya tahu kelas kami x sepandai + x sebagus kelas lain.
tapi perlu ke cikgu bandingkan kitorang?
makin bertambah hari, makin banyak pressure.
hypothesis is ACCEPTED !
saya tahu cikgu risau dengan prestasi kami.
kami yang nak ambik SPM ni lagi la risau.
tapi kami harap sangat, cikgu jangan terlalu bg tekanan pada kami.
kami tahu dan sedar bahawa kami perlu membuat ACCELERATION.
kami perlu ABSORB semua latihan, nota,
ADDITION with exercise for all subjects,
serta DIGEST semua fakta, teori,
REMOVE semua perkara yg tak berfaedah,
akhir sekali, RELEASE semua ketika SPM!

CONCLUSION = 11A+ in our hands. Aminn~
Batch 20. 94' Generation.

1.8.11

pengakhiran~


✿Lelaki yg BAIK---> lelaki yang boleh bimbing wanita ke jalanNya ~
◕Lelaki yg COMEL---> lelaki yg berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid ~
✿Lelaki yg SWEET---> lelaki yg selalu bercakap dengan nada yg rendah ~
◕Lelaki yg ROMANTIK--> lelaki yg menhadiahkan sebuah doa setiap hari ~
✿Lelaki yg CHARMING--> lelaki yg mengingatkan si dia tentang ibadat ~

◕ITU lah Lelaki yg menjadi igauan wanita ..♥ ^_^
****************************************** 

sempena bulan puasa ni, aku rasa nak deactive account facebook aku la.boleh tak? boleh je sebenarnya, kan? just aku je yang still berbelah bagi. tapi kali ni aku nekad. memandangkan bulan puasa yang menandangkan trial SPM dan SPM yang semakin hampir. sape kate aku tak takut? serious aku takut~ tapi MALAS! ape yang aku rajin? biasalah~ surfing, 'sms'ing, chatting, reading ( novel ) OMG! sangat tidak bagus la habit aku ni. aisheh! -_-' baru aku sedar. maka, dengan ini saya mengisytiharkan akaun FACEBOOK saya akan DITUTUP buat SEMENTARA! oh yeah! tapi...... aku mane boleh tinggalkan blog kesayangan aku ni. maka, blog aku akan still BEROPERASI. jangan risau yaww~
 
Tempelate Designed by Lettha|Copyright-2011|Protected