Welcome to my site! thanks for visit mine
Husna Create World: I + U = LOVE

17.8.11

I + U = LOVE




“ Ieqa, awak janji jangan tinggalkan Afiq tau,”ujar Afiq.

Dia menyuakan jari kelingkingnya pada Syafiqa. Dua jari kecil itu pantas bertaut.

“ Ieqa janji. Afiq pun jangan tinggalkan Ieqa tau,” kata Syafiqa.

            Namun semua itu hanyalah janji sepasang kanak-kanak yang belum mengerti maksud perpisahan. Kenangan yang tak mampu dilupakan oleh Syafiqa Hafna tentang zaman kanak-kanaknya bersama Ziyad Afiq walaupun telah 15 tahun berlalu. Kini, Syafiqa tidak tahu di mana Afiq berada sekarang kerana mereka telah terputus hubungan sejak keluarga Afiq berpindah ke Kuala Lumpur.

            Walaupun janji itu hanyalah janji zaman kanak-kanak, Syafiqa masih kuat berpegang pada janji tersebut. Buktinya, sehingga kini dia masih belum boleh menerima kehadiran lelaki yang bergelar teman istimewa dalam hidupnya. Bukan tiada lelaki yang mahu mendekati gadis yang berkulit cerah ini. Namun Syafiqa hanya buat tak faham dengan hasrat setiap lelaki yang cuba mendekatinya itu.


“ Wei Hafna! Cepat la siap. Nanti lambat kau yang bising,” laung Fatini dari tingkat bawah.

“ Dah siap la ni. Hish kau ni. Sabarlah. Mentang-mentang aku yang nak belanja hari ni. Bukan main excited lagi kau ya?” bebelku kembali.

‘Lawa betul kawan aku ni. Patut la ramai yang terpikat’ luah hati Fatini.

Hari ini aku dan Fatini membuat keputusan untuk menghabiskan masa cuti hujung minggu dengan menonton wayang.  Aku hanya mengenakan blaus berwarna biru lembut bersama jeans hitam dan tudung berwarna putih yang kurasakan paling ringkas hari ini. Berbeza dengan Fatini yang sentiasa tampil bergaya dengan jeans bersama kemeja yang berwarna putih.

“ Kau tak rasa ke ada orang tengah pandang kita,” bisik Fatini.

“ Kita ni bukan artis yang diorang nak pandang,” ujar Hafna pula.

“ Ok. Eh. Cerita yang kita nak tengok tu lama lagikan? Apakata aku belanja kau makan dulu?” Fatini mengusulkan.

“ Aku ni sebenarnya tak nak susahkan kau. Tapi bila kau dah cakap macam tu, takkan aku nak tolak, kan?” usikku.

“ Kau ni ada sajalah. Hahaha. Tak pe. Aku faham kau lapar,” kata Fatini.

Fatini membuat keputusan untuk mengisi perut di KFC sahaja kerana malas mahu berjalan jauh katanya. Aku hanya menurut kerana aku sememangnya tidah memilih kalau bab makan.

Fatini menyuruh aku menunggu di meja sementara dia mengambil makanan untuk kami.  Sedang enak menjamu selera, tiba-tiba seorang lelaki datang ke arah Fatini dari belakang. Ternyata Fatini terlupa mahu memberitahu teman lelakinya bahawa dia keluar bersama aku hari ini.


“ Fatini, kat sini rupanya awak. Nasib baik Hafna tolong bagitau saya,” kata Nazrul.

Fatini sudah membulatkan matanya ke arahku. Aku hanya tersenyum ke arahnya.

“ Nak marah Hafna la tu. Ish awak ni. Saya ni bukan tak bagi kalau awak nak keluar, tapi inform la dulu kat saya. Boleh sayang?” soal Nazrul.

“ Err, korang, aku nak pergi ladies kejap,” ujarku yang sememangnya tidak mahu mengganggu perbualan pasangan itu.

Dengan gaya jalanku yang sedikit tergesa-gesa menyebabkan satu perlanggaran kecil telah berlaku.

“ Aduhh….sakitnya,” tanpa sedar aku terjerit kecil.

Barulah aku sedar bahawa aku sudahpun terduduk di atas lantai dan aku dapat rasakan blaus yang kupakai basah. Aku memandang raut wajah insan yang telah melanggar aku tadi. Tenyata pemuda itu juga masih terkejut dengan kejadian yang baru berlaku itu. Dia menghulurkan tangan bagi membantu aku bangun. Aku tidak menyambut huluran tangannya kerana kami bukan mahram dan aku masih mampu untuk bangun sendiri.

“ Maafkan saya, Cik…….,” ujar pemuda itu yang kelihatan bersalah.

“ Eh. Bukan salah awak seorang. Saya pun bersalah juga,” kataku.

“ Tapi baju awak basah. Tak kan awak nak balik macam ni?” soalnya.

“ Tak mengapa. Kawan saya ada di sini. Dia boleh tolong,” jawabku.

“ Kalau awak tak keberatan,  boleh saya gantikan blaus awak ni?” katanya.

“ Tak perlu lah. Lagipun sikit je ni,” aku menolak tawaran itu.

“ Tapi awak, saya ikhlas nak gantikan baju awak ni sebab saya betul-betul rasa bersalah sekarang. Jangan hampakan saya ya?” pinta pemuda itu.
Akhirnya aku menyatakan persetujuanku. Dia tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya.

‘ Kacak juga dia ni bila diperhati betul-betul’ bisik hatiku nakal.

“ Awak, tunggu apalagi tu? Mari sini pilih mana yang awak nak,” katanya.

Dia membawa aku ke sebuah butik yang hanya menjual pakaian berjenama yang sudah tentu mahal harganya. Serba salah aku dibuatnya.

“ Kenapa awak bawa saya ke butik ni? Blaus saya ni murah je,” ujarku sopan.

“ Tak pe lah awak. Lagipun saya dah tumpahkan air atas blaus awak tadi,” jawabnya.

Aku menghalakan pandangan keseluruh butik itu untuk mencari blaus yang aku rasakan sesuai dengan kulit aku yang cerah ini. Aku terpandang sehelai blaus rona merah jambu berbunga putih yang sememangnya warna kegemaran ku. Dia perasan dengan pandanganku itu terus mengambil blaus tersebut dan meminta aku mencubanya terlebih dahulu.

Aku terus berlalu ke bilik persalinan. Bila aku teliti baju tersebut, harganya mencecah RM 100 kerana blaus tersebut adalah blaus jenis panjang. Setelah dicuba, ternyata blaus tersebut amat sesuai dengan saiz tubuhku.

Sebaik sahaja aku keluar dari bilik persalinan tersebut, aku menyatakan bahawa baju itu memang mengikut saizku. Tanpa banyak soal, dia terus membayar harga blaus tersebut. Sebaik sahaja kami melangkah keluar dari butik tersebut, aku mengucapkan terima kasih padanya.

“ Awak, terima kasih sebab belikan blaus ni,” ujarku.

“ No need to thank me. Just tell me your name,” balasnya.

“ I’m Hafna. And you?” soalku kembali.

“ Hafna? Unik nama tu. Saya Farhan Syahmi.” Jawab lelaki itu.

“ Ana, boleh saya pinjam handphone awak? Handphone saya habis kredit.” Pintanya.

“ Oh. Gunalah,” aku menghulurkan Experia milikku.

Tiba-tiba handphone dalam poket seluarnya berbunyi. Rupanya dia membuat panggilan ke nombor telefonnya sendiri untuk mendapatkan nombor telefonku.

“ Itu nombor saya. Jangan buang tau,” katanya sambil mengenyitkan mata.


0 oo pengkritik:

 
Tempelate Designed by Lettha|Copyright-2011|Protected